Ilmu guna-guna (At-Tiwalah) atau disebut juga ilmu pengasih (Mahabbah) adalah salah satu bentuk sihir yang berasal dari jin. Perbuatan tersebut adalah musyrik kerana meyakini bahawa guna-guna itulah yang dapat mempengaruhi hati seseorang sedangkan ianya adalah perbuatan syaitan. Guna-guna yang mendatangkan kemusyrikan adalah disertai dengan jampi2 meminta bantuan jin.
Tanda-Tanda Terkena Ilmu Pengasih
- Asmara dan cinta yang berlebihan
- Tidak dapat menahan rasa cintanya
- Selalu teringat kepadanya
- Mentaati segala kemahuannya
- Keinginan yang sangat besar untuk selalu melakukan hubungan seks
Pengubatan Sihir Guna-Guna
Biasanya orang yang terkena imu guna2 tidak akan dirasuk, hanya berasa ngilu hujung jari kakinya, kepala pusing, dada sesak atau sakit dilambung, bahkan kadangkala muntah jika telah meminum air sihir.
Jika merasakan sakit dilambung atau ingin muntah, maka bacalah ayat dibawah pada secawan air dan minumlah sebahagian air tersebut. Jika memuntahkan sesuatu yang berwarna kuning, merah atau hitam, bererti hilanglah sihirnya. Jika tidak, maka bacalah ayat tersebut pada secawan air dan minum selama tiga minggu atau lebih sehingga hilang sihirnya. Ayat tersebut adalah :
- Surah Al-Baqarah ayat 102
- Surah At-Taghabun ayat 14 hingga 16
- Surah Yunus ayat 18 dan 28
- Surah Al-A'raf ayat 117 hingga 122
- Surah Thaha ayat 69
Insyaallah.
Perkongsian Ilmu Buku "Kisah-Kisah Benar Jin" susunan Abu Hikmah Al-Husni
Psst :
Disampaikan oleh ks-colorlife.blogspot | Tanda-Tanda Terkena Ilmu Pengasih
1 comment:
semakin canggih dunia semakin tinggi juga martabat syaitan mengaburi manusia melalui persahabatan dengan syaitan atau ilmu sihir dengan berbagai nama seperti ilmu guna-guna, ilmu teluh, pelalau, minyak dagu, saka dsb. Jangan ambil mudah perkara mengubati gangguan syaitan kerana dukun atau bomoh yang berdampingan dengan jin dan syaitan bukan jawapan terhadap kes ini.kakak saya pernah terkena tetapi Alhamdulillah sekarang sudahpun pulih seperti biasa. jika salah memilih perawat kes ini umpama lari dari mulut buaya masuk ke mulut naga. Sekadar berkongsi info, bagi yg bermasaalah saya suka mencadangkan nama seorang ustaz berasal dari kampung saya : ustaz adi wijaya bin Iskandar, lokasi tinggal : kg belahan tampok, rengit, batu pahat, johor sebagai usaha ikhtiar mencari penawar bagi penyakit-penyakit berkaitan gangguan syaitan. Kata orang klu nak tau ikhlas/tidaknya sesaorang menolong dalam perubatan tengoklah pengerasnya. kalau ada harga memanglah sah dia bomoh material.....
Post a Comment